cahaya kasihmu
Arzan bersandar diatas katil mewah milik hospital swasta yang terkemuka diibu negara. Dia tersedar setelah melelapkan mata.Sejak tadi dia memerhatikan seorang gadis yang terlena keletihan disofa bertentangan dengan katilnya.Hati dirundung pelbagai rasa.Rasa sedih,kesal,pilu,sayu,dan segala galanya dirasai bila melihat gadis itu sejak sebulan lalu.
Sejak kali pertama dia dimasukkan kehospital itu akibat kebodohan dirinya sendiri.Rya… hatinya berbisik memanggil nama gadis itu.Sedih melihat perngorbanan yang dilakukan Rya untuknya.Sejak dulu lagi bila dikenang kenang kembali terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan Rya buatnya.Cuma dia yang buta mata,tuli telinga.
Kata orang buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat.Tapi dalam situasinya keadaan berbeza. Terbalik! Peribahasa itu tidak langsung boleh dipakai dalam kamus hidupnya!Buktinya,kini di depan mata.Bukan sekali,bukan dua kali,malahan berkali kali dia melukai hati gadis itu.
Bodoh!Sumpahnya pada diri sendiri.Bukan sekali dua dia menyakiti hati Rya,tapi gadis itu tidak pernah berdendam,Rya tidak pernah menaruh dendam pada dirinya.Memang antara mereka tidak ada dendam dan tidak juga ada kasih.Yang ada,cuma rasa asing, dingin dan beku. Itu semua dia yang menyebabkannya.Rya sanggup berkorban untuknya, hanya Rya yang sanggup menderita kerana dirinya.Itu kata papa dan mamanya.Cuma dia yang lupa diri.Mendabik dada menolak hakikat itu.
Diperhatikannya wajah yang kini semakin cengkung dan tubuh yang kian lesu.Satu ketika dulu dia pernah menyentuh wajah itu.Dia pernah memegang tangan lembutnya.Mereka pernah mengungkapkan kata kata cinta yang indah.Kegembiraan yang pernah mereka nikmati bersama bermain diruang mata.Namun ia diselangi dengan tindakkan kejamnya pada Rya.Bukan sekali dia meninggalkan Rya,malahan dua kali dia meninggalkan Rya. Hanya gara gara cintanya beralih arah.Beralih pada teman baik Rya!
Oh Tuhan apakah yang aku lakukan pada gadis ini!Tangan diraupkan kemuka.Namun rasa sakit bila terkena lukanya menyebabkan dia mengaduh sendiri.Dia masih ingat,waktu itu pertama kali melafazkan kebenaran itu pada Rya,gadis itu tersenyum.Senyuman kepahitan dan kepiluan.
Bukan hanya papa dan mama yang menentang kehendaknya agar pertunangan mereka diputuskan.Datuk dan nenek turut menentang keras.Tapi hanya Rya yang menegakkan kebenaran palsu buat dirinya.Hanya Rya yang memujuk datuk dan nenek yang nyata berang dengan keputusannya.Malahan Ryamemuji muji teman baiknya itu.Gadis baik lah,orang berada lah,pandailah,bijaklah.Dia masih ingat lagi kata kata itu yang dikatakan Rya pada datuk dan nenek,namun dia tahu hati Rya terluka dan luka itu belum sembuh hingga kini.Papa menentang keras hasratnya untuk bersama Syikin.
Syikin!!Itulah nama yang menyebabkan dia terlantar begini.Rya bijak menyembunyikan perasaan hatinya. Sering kali dia yang tertewas bila berhadapan dengan gadis itu.Pernah sekali,sehari selepas dia memutuskan pertunangan mereka dia menemui gadis itu.Wajahnya jelas menunjukkan dia menangisi nasib diri.Tapi tetap berlagak selamba dan ceria bila berhadapan dengan mereka semua.Rya…..
Bagai mendengar seruan Arzan itu,Rya membuka mata.Terkejut dia melihat Arzan yang sedang bersandar.
“Abang nak apa apa ke?”sayu Arzan mendengar pertanyaan itu.Rya tidak pernah mengabaikan dirinya.
“Abang?”soal Rya bila Arzan mendiamkan diri.
“Abang nak minum.”dia menjawab kelam kabut.Tidak mahu Rya menyedari keadaan dirinya yang sebenarnya.
Pernah sekali dia menyatakan rasa bersalahnya tapi Rya hanya mendiamkan diri.Katanya dia tidak langsung harapkan balasan atas apa yang dilakukan nya.Dia menganggap Arzan seperti abangnya sendiri.Apa yang dilakukannya semata mata kerana tali persaudaraan antara mereka.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home